PTAR UiTM Cawangan Sarawak anjur program sempena Hari Sarawak

SAMARAHAN: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak menganjurkan program “Merentasi Perbezaan, Menyatukan Hubungan” sempena Hari Sarawak pada 22 Julai lalu.

Menurut kenyataan universiti itu, program dianjurkan dengan kolaborasi bersama Pusat Sumber Maklumat, Hospital Umum Sarawak (HUS), Pustaka Negeri Sarawak (PNS) dan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak.

“Antara pengisian program ini adalah penganjuran bengkel Speed Reading, Pameran Hari Sarawak, Mini Quiz, pameran dari PNS dan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak,” menurut kenyataan universiti itu.

Bengkel Speed Reading telah disampaikan Pustakawan, Dayang Azimah Abang Yusof
bersama Pembantu Pustakawan Kanan, Dominic Inggu kepada kakitangan HUS.

Manakala Pengarah HUS, Dr. Ngian Hie Ung bersama Pustakawan Pusat Sumber Maklumat, Philomena Septimus Amit turut melawat tapak pameran.