Abaikan suara sumbang dakwa pendapatan tinggi Sarawak atas faktor nasib

BETONG: Kejayaan Sarawak mencatatkan pendapatan berjumlah RM13.3 bilion tahun lalu bukan atas faktor nasib semata-mata.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pendapatan itu antara yang tertinggi pernah dicatatkan Sarawak sebaliknya merupakan hasil kebijaksanaan pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Oleh itu, kita perlu mengabaikan suara sumbang itu dan Sarawak akan terus memandang ke hadapan untuk mencapai sebuah negeri maju menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Nanga Samu, Paku, di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg; bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri Dato Sri Tan Sri Empiang Jabu; Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee; Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Ir Aidel Lariwoo; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu hadir sama.