1,400 perwakilan dari 14 cawangan hadiri Mesyuarat Perwakilan Zon Betong

BETONG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Betong sudah bersedia untuk mengadakan Mersyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong pada Sabtu ini.

Beliau berkata, mesyuarat perwakilan yang akan dihadiri 1,400 perwakilan dan pemerhati daripada 14 cawangan Parti PBB itu akan diadakan di Dewan Stephen Kalong Ningkan di sini.

Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan mesyuarat perwakilan itu, katanya kepada media selepas menyaksikan persiapan akhir bersama Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr. Richard Rapu di sini.

“Kami sudah bersedia untuk mengadakan mesyuarat perwakilan itu. Persiapannya sedang rancak dijalankan,” katanya.