1,000 bungkus bubur lambuk diedar

MUKAH: Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat N.57 Tellian, di sini, hari ini.

Ini terutamanya jemaah yang balik menunaikan solat jumaat di Masjid Setia Raja Mukah.

Pengedaran bubur terbabit merupakan program Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Tellian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyerahkan bubuk lambuk.

Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N57 Tellian, Skuad Antidadah Daerah Mukah, Kelab Trendak, Pertubuhan Belia Parlimen Mukah dan syarikat WEIDA turut sama menjayakan program ini.