KUCHING: Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negeri di sini hari ini.
Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang kemudian mengunjungi rumah terbuka Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.
Katanya, rumah terbuka terbabit dengan suasana penuh kemeriahan menyambut kehadiran pengunjung dari pelbagai latar belakang.
