TYT, isteri serikan Rumah Terbuka Aidilfitri dua kementerian

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran MUDeNR dan MINTRED malam tadi.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka itu turut disertai barisan kepimpinan negeri dan warga kerja pelbagai agensi di bawah kedua-dua kementerian.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mencuri perhatian apabila mendendangkan lagu Dendang Perantau dan Berkikis Bulu Betis, sambil diiringi sorakan meriah tetamu.

Penyanyi tempatan, Bob Yusof turut menghangatkan suasana dengan lagu-lagu raya, di samping juadah enak yang disajikan.

Turut hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Dato Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad serta beberapa tetamu kehormat lain.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.