LUNDU: Seramai 32 ahli Majlis Daerah Lundu (MDL) mengangkat sumpah pelantikan yang berlangsung di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, hari ini.
Pelantikan itu bagi tempoh April 2025 hingga 31 Mac 2028 menyaksikan Awang Yusup Awang Mostapha kekal sebagai Pengerusi dan Bujang Budin sebagai Timbalan Pengerusi baharu .
Kesemua ahli MDL masing-masing mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP ), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif(PDP).
Majlis angkat sumpah disempurnakan Timbalan Premier Sarawak yang juga, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan dan ADUN Opar, Billy Sujang.
Dri Sim dalam ucapan beliau berkata, ahli majlis bukan sekadar menguruskan hal pentadbiran, tetapi sebagai jambatan penting antara kerajaan dan rakyat.
Katanya, mereka perlu faham isu setempat, turun padang dan pastikan perkhidmatan sampai dengan baik sebab rakyat nilai kerajaan melalui tindakan mereka.
“Keberkesanan peranan bergantung pada sejauh mana mereka memahami denyut nadi rakyat,” katanya.
