Budaya muafakat sambutan Aidilfitri Kampung Baru

BINTULU: Kepimpinan kampung dan masjid disaran meneruskan budaya muafakat ketika sambutan Aidilfitri dalam kehidupan warga kampung di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee ini termasuk kepimpinan Kampung Baru Darat, Kampung Baru Tengah, Kampung Baru Laut dan Masjid Darussalam Kampung Baru Tengah.

“Budaya muafakat sebegini diterjemahkan bukan sahaja dalam acara sambutan seperti Aidilfitri, malah dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Baru 2025 di Dewan Serbaguna Kampung Baru, di sini, hari ini.

Majlis itu menghimpunkan lebih 500 penduduk dan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, nyanyian lagu raya, jamuan tradisional serta penyampaian hadiah pemenang pertandingan azan, hafazan dan lampu raya.