KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir bangga atas pencapaian cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumum, semalam.
Beliau berkata, peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) daripada 5.63 mata pada 2023 kepada 5.57 mata 2024 menunjukkan kemajuan yangmembanggakan.
“Lebih membanggakan lagi, peratusan kelulusan turut meningkat daripada 93.29 peratus kepada 95.08 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 1.79 peratus.
“Ini l hasil daripada komitmen, dedikasi dan kerjasama erat antara guru, pelajar, pentadbir sekolah serta sokongan berterusan daripada ibu bapa dan komuniti setempat,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Chee Kadir berkata, kejayaan ini bukan sahaja menjadi penanda aras baharu untuk SMK Kabong, malah membuktikan bahawa dengan usaha gigih dan semangat yang tidak pernah luntur, kejayaan pasti menjadi milik kita.
“Saya yakin SMK Kabong terus melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berwibawa dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara,” katanya.
