Sesi inspirasi TEGAS meriah di Miri, Bintulu

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) mengadakan Sesi Inspirasi di Hab Inovasi Digital TEGAS Miri dan Bintulu baru-baru ini.

Sesi inspirasi itu bersama Ketua Pegawai Ekosistem di Mereka & Inisiatif Biji-Biji, Jey Bala berjaya menarik kehadiran ramai peserta.

Semasa sesi itu, beliau fokus pembangunan kemahiran kepimpinan, pemikiran berkembang serta penggunaan alat praktikal untuk mencetus perubahan.

Peserta turut didedahkan dengan strategi membina kepimpinan berasaskan nilai, pemerkasaan komuniti dan pentingnya berinovasi dengan tujuan yang jelas.

Ini sejajar dengan visi TEGAS untuk melahirkan pemimpin dan inovator masa depan di Bumi Kenyalang.