TANJUNG MANIS: Seramai 1,197 belia golongan B40 menyertai Program Kursus bagi Lesen Memandu MyLesen di Dewan IKS, di sini, hari ini.
Ini bagi membolehkan mereka mendapatkan lesen motosikal kelas B2 dengan kos rendah atau ditanggung sepenuhnya.
Dari jumlah itu, seramai 820 belia berkenaan dari Tanjung Manis, manakala selebihnya seramai 377 orang belia dari Sarikei dan sekitarnya.
Program terbabit anjuran bersama Pusat Khidmat N41 Kuala Rajang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan institut memandu Sarikei.
