LUNDU: Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak yang bermula sejak 2024 kini melibatkan 25 sekolah di seluruh Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia membabitkan
5,500 peserta.
Pada tahun ini katanya, ia diperluas ke 30 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di seluruh negara.
“Peningkatan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membawa mesej pentingnya melindungi kanak-kanak ke akar umbi,” katanya melancarkan program itu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading di sini hari ini.
Beliau berkata, program itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kanak-kanak di negara ini menikmati hak asas mereka.
Ia termasuk hak kanak-kanak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat, membesar dengan sihat serta didengari oleh masyarakat sekeliling, tegas beliau.
Beliau menggesa masyarakat agar tidak berdiam diri apabila berhadapan dengan situasi sedemikian kerana keselamatan kanak-kanak merupakan keutamaan Kementerian.
