BETONG: Kelab Beliawanis Betong dengan kerjasama Kelab Belia 1828 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Layar, Kelab Belia Perkasa Layar dan Betong Excess melancarkan Misi Bantuan Kebakaran Rumah Litong, Nanga Kesit, Lubok Antu, hari ini.
Setiausaha Jawatankuasa Penganjur, Cecelia Tini Ajah berkata, ia untuk memudahkan orang ramai menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.
“Ia juga bagi memupuk semangat dan sikap keprihatinan dalam kalangan masyarakat khasnya belia di Betong terhadap mereka yang memerlukan,” katanya.
Tambah beliau yang juga Penolong Setiausaha Kelab Beliawanis Betong berkata, bagi mereka yang berminat menghulurkan bantuan dalam bentuk fizikal boleh berbuat demikian di Pejabat Pusat Khidmat N.36 Layar bermula esok sehingga 23 Mei dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Bantuan kewangan, melalui nombor akaun Agrobank (1007591000020908) di atas nama Kelab Beliawanis Betong, ujarnya.
Katanya, untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Shazilla dan Maxwell ditalian (014-580 2806) dan (011-5965 7579).
Manakala, resit pembayaran bantuan tunai boleh dihantar terus kepada Florina (011-31227698) dan Lyourazo ditalian 013-577 5956.
