Bandar raya Kuching pertemukan lebih 250 wakil anggota ASEAN

KUCHING: Sarawak dipilih sebagai negeri untuk Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga (SOME) Ke-43 ASEAN di bandar raya ini mulai hari ini hingga 18 Jun.

Mesyuarat yang dianjur oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) itu dihadiri lebih 250 perwakilan dari negara-negara anggota ASEAN.

Mesyuarat selama tiga hari itu turut membincang mengenai dasar tenaga ASEAN dan hasil keputusan daripada SOME Ke-43 ASEAN pada Oktober 2025.

PETRA dalam satu kenyataan di sini berkata, mesyuarat itu turut dihadiri pegawai kanan tenaga, wakil Urusetia ASEAN, Pusat Tenaga ASEAN (ACE) dan rakan dialog dari China, Korea, Jepun, Russia dan Amerika Syarikat.

Wakil dari pertubuhan antarabangsa seperti Agensi Tenaga Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Institut Kajian Ekonomi ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia) turut hadir.

Mesyuarat itu sejajar dengan dasar tenaga ASEAN pada peringkat pegawai kanan dengan memantau kemajuan Rancangan Tindakan ASEAN bagi Kerjasama Tenaga (APAEC) dan menyedia keputusan utama bagi Mesyuarat Tenaga Menteri ASEAN (AMEM) kali Ke-43 yang dijadual diadakan pada Oktober 2025.

SOMA akan membincang dan menyampai keputusan berdasarkan konsuses termasuk mengemaskini pelan kerja APAAEC, saranan dasar berkaitan keselamatan tenaga wilayah, pembiayaan tenaga diperbaharui dan integrasi gird.

Keputusan penting termasuk memajukan MoU APG, membuat keputusan akhir draf dokumen dasar APAEC dan mendapatkan persetujuan Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN (APSA).

Bidang keutamaan yang dibincangkan dalam SOME tahun ini termasuk Grid Tenaga ASEAN, status inisiatif ke arah mencapai sasaran APAEC dan pembiayaan peralihan tenaga.

Mesyuarat SOME yang bermula hari ini dirasmikan Ketua Setiausaha PETRA, Dato’ Mad Zaidi Mohd. Karli.

Sementara itu, pada malam ini, majlis makan malam bagi menyambut ketibaan anggota ASEAN akan dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Fadillah Yusof.