Gawai Dayak kukuhkan hormat menghormati, nilai masyarakat

BINTULU: Perayaan Gawai Dayak memperkukuh nilai bergotong-royong dan hormat menghormati warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini kerana Gawai adalah masa masyarakat kembali kepada akar budaya.

“Ia mengingatkan kita kepada nilai persaudaraan, gotong-royong dan hormat-menghormati,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ngiling Bidai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) DUN Jepak bertemakan “Berserakup Mai Pemansang’ Oohhaa Gawai di sini, semalam.

Iskandar juga menyatakan bahawa sebagai wakil rakyat, beliau sentiasa meraikan kepelbagaian dan tidak memilih kasih dalam khidmat kepada rakyat.

“Pintu pejabat saya dan hati saya sentiasa terbuka untuk semua. Datanglah, kita bincang dan cari jalan, demi masa depan Jepak,”tambahnya.