JTS Bahagian Samarahan serah sumbangan CSR

SAMARAHAN: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Samarahan menyampaikan cek Sumbangan Tanggungjawab Korporat (CSR) keseluruhan bernilai RM90,000 di Pejabat Daerah Sebuyau, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan JTS Sarawak, sebanyak lima kampung dan empat sekolah menerima sumbangan terbabit yang masing-masing bernilai RM10,000.

Penerima ialah Kampung Baru Sebuyau, Kampung Baru Hilir Sebuyau, Kampung Hulu Sebuyau, Kampung Masjid, Kampung Giatmara, SK Tuanku Bagus, SJK Chung Hua Sebuyau, Taska Permata KEMAS Sebuyau dan SMK Sebuyau.

Sementara itu Ketua Bahagian Penguatkuasa JTS Sarawak, Thian Choon Kui berharap dana ini dapat digunakan untuk tujuan kebajikan, pembangunan Infrastruktur asas, sokongan kepada pelajar atau mana-mana keperluan lain dirasakan sesuai oleh penerima.

Turut hadir Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Samarahan, Mohammad Zunica Mohamad Sapi’ee, wakil Pegawai Daerah Sebuyau, Melor Buyong dan Head of Quarries SEDC, Bangit Grunsin.