KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Anggota Lembaga Baitulmal dan Wakaf di Wisma Bapa Malaysia hari ini.
Kunjungan hormat bertujuan memberi taklimat kepada Premier Sarawak mengenai operasi serta pengurusan semasa institusi baitulmal dan wakaf di negeri ini.
Dalam sesi tersebut, Abang Johari turut mencadangkan agar Lembaga Baitulmal dan Wakaf memberi tumpuan kepada bidang pendidikan, selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak negeri ini bermula tahun 2026.
Turut hadir ialah Anggota Lembaga Baitulmal dan Wakaf yang terdiri daripada Datu Abang Helmi Tan Sri Abang Ikhwan, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin, Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Abang Openg dan Datu Abdul Razak Tready.
Hadir sama ialah Datu Soedirman Aini, Datin Dayang Ernie Awang Hashim, Abang Rahmat Yusof dan Sahibul Fadhillah Ustaz Mual Su’aud.
Manakala, pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) turut dihadiri Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, Bolhassan Iskandar Taibi, Abang Faisal Abang Marzuki dan Iskandar Allan. — UKAS
