BINTULU: Lebih 300 penduduk menyertai gotong-royong membersihkan kawasan tapak kebakaran di Kampung Sebuan uuBesar, Jepak, di sini, hari ini.
Dalam insiden kebakaran pada 1 Julai lalu, enam rumah di kampung itu musnah mengakibatkan seramai 26 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Gotong- royong anjuran Pejabat Daerah Bintulu dan turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu, RELA dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak.
Turut serta ialah Institut Kemahiran MARA (IKM), Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.
Tumpuan utama gotong-royong diberikan kepada pengalihan runtuhan, pembuangan bahan mudah terbakar serta penyusunan semula kawasan tapak yang dilaksanakan berperingkat dengan pemantauan pihak berkaitan.
