KUCHING: Kerajaan Republik Singapura mahu memperkukuhkan kerjasama strategik bersama Sarawak dalam bidang tenaga, sains dan teknologi.
Perkara itu menjadi topik perbincangan semasa kunjungan hormat delegasi Kerajaan Republik Singapura kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di di Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini.
Delegasi Republik Singapura diketuai oleh Menteri Tenaga, Sains dan Teknologi serta Menteri Tenaga Kerja Singapura, Dr Tan See Leng.
Turut menyertai delegasi Singapura, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif, Energy Market Authority (EMA) Eugene Toh, Ketua Pegawai Eksekutif, Singapore Energy Interconnections (5GE) Ong Teng Koon, Timbalan Pengarah, Kementerian Perdagangan dan Industri Li Xiaoyao, Kaunselor (Ekonomi), Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur Melissa Lee, Penolong Pengarah Kanan, Kementerian Perdagangan dan Industri Serena Chan, Singapore Energy Interconnections (5GE) Seow Hui Lin Joycelyn dan Penganalisis Utama, Energy Market Authority, Kannan Arunachalam.
Turut hadir Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli. — UKAS
