KUCHING: Ahli Dewan Undangan Satok (ADUN) Satok Dato’ Ibrahim Baki menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Haji Kamarudin di Kampung Segedup hari ini.
Dalam lawatan beliau kira-kira 30 minit, Ibrahim mengambil kesempatan berbual dengan mangsa banjir, sukarelawan serta petugas.
Semasa lawatan, beliau turut menyaksikan penyerahan bantuan makanan serta keperluan asas daripada wakil Yayasan Petronas kepada wakil PPS tersebut.
PPS Dewan Haji Kamarudin menempatkan seramai 61 orang mangsa banjir membabitkan 26 keluarga dari kawasan Kampung Segedup dan Kampung Surih.
Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri II, Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie; Penghulu Kampung Segedup Sulaiman Awi dan Ketua Kaum Rashidi Solek.
