Ahmad Johnie Zawawi dipilih Ketua Parti PBB Cawangan Repok

SIBU: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi telah dipilih sebagai Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.45 Repok di sini, hari ini.

Dalam Mesyuarat Agung Tri Tahunan Parti PBB cawangan itu hari ini, turut menyaksikan Hurairah Hanafi telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Cawangan yang baharu setelah tiada pencalonan lain diterima.

Dalam mesyuarat yang sama, seramai 19 orang ahli jawatankuasa yang baharu juga telah dipilih dan menang tanpa bertanding.

Ahli-ahli jawatankuasa lantikan dalam cawangan akan di tentukan dalam mesyuarat cawangan yang akan diadakan tidak lama lagi. Beberapa usul juga akan ditentukan kemudian.

Sementara itu, Mesyuarat Pergerakan Pemuda telah diadakan di sebelah pagi yang diselaraskan oleh Syed Azmi Wan Junaidi.