Anak kelahiran Marudi menang pingat emas SUKMA diarak keliling pekan

MARUDI: Pertubuhan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGG) Marudi menyambut kepulangan atlet silat wanita dari daerah ini yang memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 baru-baru ini.

Ummi Mashitah Hassan, dari Kampung Narum, memenangi pingat emas silat olahraga kategori Putri Kelas B pada perlawanan akhir di Miri.

Beliau mengalahkan pesilat Kedah dan dilamar Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bagi pemilihan ke pasukan kebangsaan.

Atlet pertama dari Marudi yang berjaya membawa pulang pingat emas disambut meriah PSSGG dan penduduk kampung sebaik sahaja tiba di Perhentian Feri Marudi,di sini, semalam.

Beliau kemudian diarak mengelilingi pekan Marudi dan turut diadakan majlis doa selamat selepas itu di Dataran Marudi.