SARATOK: Pembinaan kemudahan anjung rehat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka dicadangkan kepada Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, peruntukan kos pembinaan anjung rehat terbabit bakal sekitar RM6 juta.
“Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik untuk orang awam serta tetamu kehormat,” katanya semasa melakukan lawatan tapak cadangan projek itu di sini, hari ini.
Mohamad Duri berkata, kemudahan terbabit bukan sahaja bagi kegunaan pihak kerajaan malah komuniti di kawasan Saratok akan turut dapat menggunakannya untuk pelbagai aktiviti.
Katanya, kemudahan itu juga akan disediakan kepada penduduk yang memerlukan tempat rehat sementara untuk kes kecemasan.
