KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri berbuka puasa bersama ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Parlimen Malaysia, di sini, hari ini.
Terdahulu, satu majlis ringkas membuka tirai untuk memperlihatkan potret Tun Wan Junaidi semasa masih memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Negara ke-19.
Selain itu, Tun Wan Junaidi juga menurunkan tandatangan di buku Koleksi Titah Di-Raja yang diterbitkan sewaktu beliau masih memegang jawatan berkenaan.
Tun Wan Junaidi memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Negara dari 19 Jun 2023 sehingga 19 Januari 2024 sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8 pada 26 Januari 2024.
Turut hadir ke majlis ini adalah Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Johari Abdul.
GAMBAR: ASTANA NEGERI SARAWAK
