Author: Jiwa Bakti

Peruntukan selenggara jalan persekutuan meningkat di Sarawak, Sabah

KUCHING: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyangkal dakwaan Kerajaan Persekutuan mengabaikan penyelenggaraan jalan persekutuan di Sarawak dan Sabah. Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata ini kerana sebanyak RM200 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja menyelenggara jalan persekutuan di Sarawak di bawah program memperkasa kontraktor bumiputera G1-G4 tahun 2026. Katanya, ini berbanding hanya sebanyak RM50 juta […]

Kerajaan GPS perkasakan pembangunan sukan, Premier bangga pencapaian atlet SUKSAR

SIMANGGANG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bangga terhadap pencapaian atlet tempatan termasuk kejayaan petinju negara dari Sri Aman, Kilat Boy dan atlet badminton perseorangan dari Miri. Katanya, atlet terbabit berjaya mencapai kedudukan tinggi di peringkat kebangsaan. Beliau sehubungan itu mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan pemenang SUKSAR yang berakhir hari […]

Laman sesawang jadi platform SIWA perluaskan capaian

KUCHING: Persatuan Wanita India Sarawak (SIWA) melancarkan laman sesawang persatuan itu, di sini, hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri yang melancarkan laman sesawang persatuan itu berkata, persatuan berkenaan memberi sumbangan aktif dalam meningkatkan kebajikan, kemahiran serta keyakinan wanita India di Sarawak. Nancy berkata dalam era digital masa kini, kewujudan […]

Pendidikan antara aspek keutamaan Parlimen Igan

SIBU: Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Daro menerima sumbangan sebanyak RM10,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti persatuan. Sumbangan itu diterima daripada Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi ketika merasmikan Majlis Titian Bakti, Legasi Terpatri bagi meraikan guru besar yang bakal bersara dan berpindah anjuran persatuan itu di sini, semalam. Ia juga sebagai simbol penghargaan terhadap […]

Sektor strategik sasarkan 500,000 pekerja mahir

SARIKEI: Pembangunan tenaga kerja mahir dilihat sebagai keperluan utama bagi menyokong pertumbuhan sektor ekonomi bernilai tinggi termasuk tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, ekonomi digital dan pembuatan berteknologi maju. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, penglibatan dalam sektor berkemahiran tinggi mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti serta meningkatkan […]

Sarawak perkukuhkan ekosistem pembiayaan mampan

KUALA LUMPUR: Pelaburan strategik Kerajaan Sarawak dalam AFFIN merupakan langkah berwawasan bagi membina sinergi kewangan jangka panjang. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu sekali gus memperkukuh ekosistem pembiayaan yang mampan dalam menyokong agenda pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri. Beliau berkata, Sarawak telah mengambil satu langkah strategik pada tahun […]

Program keusahawan bantu Wanita Bukit Saban jana pendapatan

BETONG: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban terus memperkasa golongan wanita luar bandar menerusi penganjuran program kemahiran berasaskan keusahawanan bagi meningkatkan pengetahuan serta keupayaan menjana pendapatan sendiri. Ketua Pergerakan Wanita Cawangan Bukit Saban, Natasha Nasa Douglas berkata, inisiatif tersebut memberi tumpuan kepada latihan praktikal yang diterjemahkan kepada peluang ekonomi, termasuk kemahiran […]

Tiga projek utama DUN Kuala Rajang giat dilaksana, keselesaan penduduk diutama

KUALA RAJANG: Wakil jabatan bersama ketua kampung setempat mengadakan lawatan tapak ke tiga projek utama kawasan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang, di sini, baru-baru ini. Projek terbabit ialah pembinaan baharu Surau Kampung Warisan, Jalan Pintas Akses ke SK Sentebu–Sarikei ByPass serta naik taraf Dewan Penghulu Adin, Sare sebagai pusat komuniti moden. Wakil terbabit dari Jabatan […]

Penerima kunci Rumah Spektra Permata lega, terima kasih Kerajaan Sarawak

KABONG: Seramai 34 penerima pemilik Rumah Spektra Permata (RSP) Hulu Kabong menarik nafas lega apabila menerima replika kunci kediaman masing-masing dalam satu majlis penyerahan rasmi di Dewan Balai Polis Kabong, pagi tadi. ​Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir. ​Dalam ucapannya, Chee Kadir menegaskan bahawa program RSP merupakan […]

Sumbangan bakul makanan sempena Tahun Baharu Cina Daerah Kecil Sadong Jaya

SIMUNJAN: Program Walkabout Chinese New Year 2026 melibatkan lawatan ke kampung dan premis perniagaan diadakan sekitar Daerah Kecil Sadong Jaya, di sini, hari ini. Ahli Parlimen Sadong Jaya, Rodiyah Sapiee merasmikan program anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.200 Batang Sadong bersama ketua kaum dan pemimpin masyarakat yang turut memberi sumbangan bakul makanan kepada golongan sasaran […]