Author: Jiwa Bakti

Nikmat dikongsi bersama rakyat – Premier

KUCHING: Pendapatan negeri Sarawak yang bertambah 2.4 ganda berbanding lapan tahun lalu merupakan nikmat yang harus dikongsi dengan semua rakyat Sarawak, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendapatan yang dikongsikan bersama itu adalah dari segi penyediaan infrastruktur, kemudahan asas dan pembangunan sumber manusia. “Baru-baru ini saya telah diberi penghormatan […]

Sokongan padu rakyat, majukan Sarawak – TYT

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggesa rakyat mengeratkan lagi kerjasama dengan Kerajaan Sarawak kerana itu adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan wilayah ini. Beliau berkata, tanpa adanya sokongan padu rakyat dalam mendokong dan menyokong segala perancangan dan dasar-dasar Kerajaan Sarawak, agak mustahil hasrat untuk mencapai status sebagai sebuah […]

Pantai Tanjung Kembang bakal jadi tarikan pelancong, tiga projek utama dilaksana

KABONG: Sebanyak RM25.9 juta diperuntukkan untuk tiga projek utama bagi membangunkan Pantai Tanjung Kembang, di sini. Ia sekali gus mengukuhkan sektor pelancongan dan merangsang ekonomi masyarakat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, peruntukan itu merangkumi pembangunan Medan Selera dan Inap Desa bernilai RM15.9 juta serta naik taraf fasiliti di Pantai […]

Fungsi PTPTN Sarawak seperti biasa tahun depan, sambut baik FTES

KUCHING: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sarawak menyambut baik inisiatif pendidikan percuma Kerajaan Sarawak melalui Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) bermula tahun depan. Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sarawak, Yussuf Chik berkata, walaupun FTES ini hanya melibatkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik Sarawak iaitu Universiti Teknologi Swinburne, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak dan […]

Kolej Tingkatan Enam Saratok mampu capai gred purata 3.04 STPM

KUCHING: Sokongan padu daripada warga pendidik, ibu bapa dan komuniti boleh membantu Kolej Tingkatan Enam Saratok mencapai sasaran Gred Purata Sekolah (GPS) 3.04 peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, selain sasaran GPS, kolej turut menetapkan matlamat untuk mencapai kadar kemasukan universiti sebanyak 90.33 peratus bagi […]

Program JASS manfaatkan 5,000 isi rumah di Balingian

BALINGIAN: Program Jualan Agro Sarawakku Sayang (JASS) yang mempromosikan produk keluaran pertanian Sarawak berlangsung di Anjung Selera Balingian, di sini, hari ini. Inisiatif Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menawarkan komoditi termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan dan daging. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) […]

Lampu isyarat pintar Jalan Wawasan bakal beroperasi 24 Disember

MUKAH: Pemasangan lampu isyarat pintar di simpang Jalan Wawasan di sini dijangka beroperasi pada 24 Disember ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, ketika ini baki kerja hanya melibatkan kerja-kerja akhir seperti pembersihan kawasan, penandaan jalan serta pelarasan pengesan yang dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh satu hari. “Lampu isyarat pintar ini penting […]

Joran Bidek Edisi Istimewa 2025 Sebuyau dapat sambutan dari luar Sarawak

SEBUYAU: Pertandingan memancing Joran Bidek Edisi Istimewa 2025 dijuarai Bohari Ali dari Kampung Ladong Sebuyau. Beliau berjaya menewaskan hampir 330 pemancing lain apabila menaikkan ikan Terusan seberat 1.015 kilogram (kg) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Tempat kedua disandang Mohd Busrah Sumusi dari Kampung Selangking Simunjan yang juga menaikkan ikan terusan seberat 0.845kg […]