BINTULU: Masyarakat tani perlu menerokai bidang pertanian sebagai satu perusahaan dengan menghasilkan produk mempunyai nilai ekonomi dan mampu meningkatkan pendapatan. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, bidang pertanian itu boleh diusahakan dengan jayanya dengan menggunakan teknologi, inovasi dan pendekatan baharu. Teknologi dan inovasi mampu mentransformasikan sektor […]
AsaGiant Ambal: Dari luar bandar ke pentas dunia
KOTA SAMARAHAN: Pasukan robotik AsaGiant Ambal dari SMK Asajaya mencipta sejarah apabila meraih pingat gangsa kategori RoboSports pada World Robot Olympiad (WRO) Open Championship Asia Pacific India 2026 di Hyderabad, India, baru-baru ini. Pasukan yang diwakili Naqib Rafiudin Fiqri Rosli dan Auliya Nuryuzarsieff Nor Shubhibillah itu dibimbing Cikgu Supian Zulkifli, sekali gus mengharumkan nama Asajaya, […]
Awang Tengah wakili Kerajaan Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah
SELANGOR: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Kerajaan Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di kediaman keluarga Allahyarham di The Mines, Seri Kembangan di sini hari ini. Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu ialah Timbalan Perdana […]
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah satu kehilangan besar kepada negara
KUCHING: Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah seluruh rakyat Malaysia. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, berita pemergian isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut mengundang rasa dukacita kerana Allahyarhamah memainkan […]
Sarawak sedia RM1 bilion padanan pacu pengeluaran padi
BINTULU: Kerajaan Sarawak bersedia menyediakan peruntukan tambahan sehingga RM1 bilion secara padanan sekiranya Kerajaan Persekutuan menyalurkan jumlah sama bagi mempercepatkan pembangunan kawasan penanaman padi di wilayah ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama itu wajar memandangkan usaha meningkatkan pengeluaran beras merupakan agenda keselamatan makanan negara, bukan hanya kepentingan Sarawak. […]
Integriti tonggak pembangunan sukan, persediaan Sukan SEA 2027
KUCHING: Aspek integriti, tadbir urus dan ketelusan perlu menjadi sebahagian daripada asas pembangunan sukan, khususnya ketika Sarawak dan Malaysia membuat persediaan menghadapi Sukan SEA 2027. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penganjuran temasya sukan utama perlu mengutamakan tadbir urus, ketelusan serta perlindungan terhadap risiko integriti. “Landskap sukan hari ini semakin […]
SKS Mukah sediakan 50 agensi, 170 perkhidmatan
MUKAH: Sebanyak 50 agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik menyediakan 170 perkhidmatan kepada masyarakat menerusi Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah di Dataran Pehin Setia Raja, mulai 2 hingga 4 Oktober ini. Program yang memasuki penganjuran kelapan itu menjadi medan sehenti bagi penduduk mendapatkan pelbagai maklumat, khidmat nasihat dan perkhidmatan kerajaan secara terus […]
Sekolah daif, Bahasa Inggeris antara fokus pendidikan Sarawak
KUCHING: Penambahbaikan sekolah daif, pengukuhan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan sekolah antarabangsa milik kerajaan negeri antara fokus memperkasakan pendidikan. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, pelbagai intervensi itu perlu dilaksanakan secara lebih agresif bagi memastikan pendidikan negeri terus berkembang mengikut keperluan semasa. “Kita tidak […]
Cadangan jadikan Jambatan Rambungan tarikan baharu Zon Sampadi
LUNDU: Kawasan Jambatan Rambungan dicadang dilengkapi pusat penjaja dan marina bagi mewujudkan tarikan baharu sekali gus membuka ruang ekonomi kepada penduduk di Zon Sampadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, cadangan itu dikemukakan susulan projek Jambatan Rambungan yang dijangka siap pada suku keempat 2027. Kemudahan itu katanya, bukan sahaja dapat […]
Tanjong Datu buka ruang perkembangan pelancongan kesihatan
LUNDU: Pelancongan kesihatan berpotensi diperkembangkan di Parlimen Santubong khasnya kawasan Tanjong Datu di sini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berkata ini kerana kawasan terbabit memiliki jajaran pantai panjang dan kawasan luas. “Kelebihan ini membuka ruang untuk kitamengembangkan pelancongan kesihatandi Parlimen Santubong dan khasnya di Tanjong […]
