Author: Jiwa Bakti

Temasya OKSHE tonjol warisan, seni, budaya masyarakat

KUCHING: Program Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus memeriahkan pentas utama di Tebingan Sungai Kuching di sini, malam tadi dengan pelbagai program menarik. Majlis dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi serta isteri, […]

Pelbagai program menarik meriahkan Pesta Daro 2025

DARO: Sebanyak 26 program meliputi sembilan komponen utama telah disusun atur bagi memeriahkan sambutan Pesta Daro 2025 dijadual berlangsung dari 25 Julai hingga 3 Ogos ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, pesta kali ini amat istimewa kerana buat julung kalinya diadakan selepas siap sepenuhnya Jambatan Muara Lassa yang menjadi pemangkin kepada […]

11 lagi jambatan akan siap – Uggah

BETONG: Pembangunan infrastruktur asas di Sarawak terus rancak diperkasakan dengan penyiapan 11 lagi jambatan dalam masa terdekat. Ketika mengumumkan perkara itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, pembinaan infrastruktur itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 16 jambatan yang sedang dan dibina di seluruh negeri dengan kos berjumlah RM5.9 bilion. Katanya, antara jambatan yang […]

Rangkaian jalan pesisir pemacu pembangunan luar bandar

BETONG: Jambatan Batang Saribas 1 yang telah siap sepenuhnya menjadi penghubung penting dalam menjayakan projek rangkaian jalan pesisir yang menghubungkan kawasan kampung dan rumah panjang. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, rangkaian jalan pesisir yang sedang dibangunkan ini bakal menjadi pemacu utama atau ‘game changer’ kepada transformasi landskap pembangunan luar bandar Sarawak […]

Jambatan Batang Saribas 1: Penantian penduduk berakhir

BETONG: Penantian lebih enam dekad penduduk berakhir apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Jambatan Batang Saribas 1. Turut dilancarkan Agensi Pembangunan Baharu Betong (BDDA) sebagai pemacu pembangunan holistik bagi wilayah Betong. Jambatan moden bernilai RM375.5 juta itu mula dibina sejak 2019 namun berdepan penangguhan berikutan pandemik Covid-19. […]

Kerajaan iktiraf, lindungi hak pemilik tanah

BINTANGOR: Seramai 70 ketua kaum dari kawasan Tulai, Meradong menerima dokumen pewartaan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN), semalam. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah itu selaras dengan komitmen kerajaan negeri dalam mengiktiraf dan melindungi hak pemilik tanah […]

59 nelayan terima kunci rumah, projek penempatan semula nelayan

BETONG: Seramai 59 nelayan dari kawasan Beladin, Betong menerima manfaat daripada Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin, hasil inisiatif berterusan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup komuniti nelayan luar bandar. Majlis penyerahan kunci rumah disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Dalam pada itu, Premier Sarawak turut meluangkan masa menyantuni penerima, melawat […]

Gelanggang bola keranjang SMK Lingga siap dinaik taraf

SIMANGGANG: Projek menaik taraf Gelanggang Bola Keranjang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga sudah siap dan digunakan mulai 20 April lalu. Projek membabitkan peruntukan sebanyak RM200,000 diluluskan di bawah Peruntukan Khas Timbalan Perdana Menteri 2024 itu adalah kesinambungan Projek Mesra Rakyat Parlimen P.201 Batang Lupar 2021. Gelanggang berbumbung ini bukan sahaja sebagai pusat aktiviti sukan untuk […]