Author: Jiwa Bakti

Perarakan perahu berhias serikan Hari Kebangsaan

SIMANGGANG: Perarakan 40 perahu berhias yang menyelusuri Sungai Batang Lupar di sini memeriah dan menyerikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Bahagian Sri Aman semalam. Jurucakap jawatankuasa penganjur berkata, kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan di sini tahun ini lebih menyerlah berbanding disertai 35 perahu pada tahun lalu. Malah sambutan kali ini, katanya, turut menyaksikan penyertaan daripada Persatuan Nelayan […]

SK Nanga Bena perlu dibina semula demi keselamatan pelajar, guru – Alexander

KAPIT: Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bena, Sungai Sut, di sini perlu dibina semula untuk keselamatan pelajar dan tenaga pengajarnya, kata Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Beliau mencadangkan demikian selepas mendapati sekolah terbabit ditenggelami air hingga ke bumbung dalam kejadian banjir baru-baru ini. “Tidak dapat saya bayangkan ketakutan dan kepayahan yang terpaksa dihadapi […]

Projek naik taraf loji rawatan air Daro bakal tangani masalah tekanan air rendah

DARO: Projek naik taraf loji rawatan air Daro di Sungai Tebu sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, projek itu merupakan komitmen Kerajaan Sarawak menyelesaikan masalah tekanan air rendah dan bekalan air yang tidak mencukupi di Daro. “Apabila siap kelak, ia mampu menghasilkan […]

Hormati, hayati tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan

SIBU: Rakyat negara ini harus menghormati dan memahami pengertian tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan dan 16 September Hari Malaysia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tarikh-tarikh tersebut tidak harus dipolemikkan tetapi apa yang lebih penting ialah tarikh-tarikh tersebut dihormati dan difahami pengertiannya oleh . rakyat negara ini. Beliau berkata […]

Elak dipengaruhi anasir luar

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini mengajak semua lapisan masyarakat supaya bersama-sama mengenang dan menghargai perjuangan pemimpin terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Beliau berkata, pengorbanan mereka bukan sahaja telah melepaskan rakyat daripada belenggu penjajahan, tetapi turut membina sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan rakyatnya hidup bersatu padu. “Hasil […]

Teruskan legasi pemimpin terdahulu

KUCHING: Sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar mengingatinya tetapi hari untuk menghargai pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang habis-habisan mencapai kemerdekaan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk meneruskan legasi itu dengan mempersiapkan negara menghadapi cabaran dan peluang mendatang. “Hari ini, kita berhadapan dengan dunia yang cepat berubah disebabkan […]

GPS fokus dasar jana ekonomi mapan

KUCHING: Tumpuan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika ini menjurus ke arah dasar penjanaan ekonomi mapan berteraskan sumber yang lestari dan teknologi, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, seawal 2017, Sarawak telah mengorak langkah untuk membangunkan ekonomi digital yang disusuli dengan inisiatif ke arah ekonomi hidrogen, pembangunan sumber lestari […]

Pengurangan penerbangan boleh beri kesan pelancongan Sarawak

KUCHING: Sarawak berharap tindakan Malaysia Aviation Group (MAG) untuk mengurangkan rangkaian penerbangan ketika ini hanya sementara dan tidak menjejaskan industri pelancongan di negeri ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pengurangan rangkaian penerbangan terutamanya keluar dan masuk ke Sarawak sudah tentu memberi kesan kepada industri pelancongan. “Saya […]

Hayati erti kemerdekaan, pertahankan keharmonian

SIBU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sibu mahu semua pihak mempertahankan kemerdekaan negara yang sedang dikecapi. Pengerusinya, Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz berkata, ini khususnya di Sarawak sebagai negeri yang sangat unik dihuni penduduk daripada pelbagai etnik. “Namun kesepaduan sosial yang terbina selama ini banyak menyumbang kepada perpaduan nasional dan pembentukan identiti bangsa […]