KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak meluluskan sebanyak 1,000 lesen memandu Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) ‘MyLesen’ setakat ini. Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, program perintis selama enam bulan ini disasarkan khas kepada pelajar 16 tahun ke atas yang menggunakan motosikal ke sekolah tanpa berlesen. “Dengan adanya program […]
AirAsia lancar tambang rendah tetap sempena musim perayaan
KUCHING: Jumlah penumpang Airasia dari Semenanjung ke Sarawak bagi 2023 sangat baik dan dijangka kekal pada tahun ini. Wakil Pegawai Perhubungan Airasia di Sarawak, Hamdan Mohammad berkata, bagaimanapun jumlah penumpang bagi laluan Singapura-Miri dan Sibu tidak memberangsangkan. Justeru, Airasia dalam proses tidak meneruskan laluan itu pada Februari tahun ini disebabkan menanggung kerugian berterusan, katanya dalam […]
Premier Sarawak hulurkan sumbangan pada hero kebakaran RPR Batu Kawa
KUCHING: Sumbangan RM50,000 daripada Premier Sarawak disampaikan kepada keluarga seorang hero yang menyelamat mangsa kebakaran di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa di sini, tahun lalu. Mohamad Syafiq yang juga anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak cawangan Sarikei cedera parah ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak terperangkap dalam insidendi Lorong 16, RPR Batu Kawa, di […]
SUKSAR: Atlet berkampung di Desa Sanyan
SIBU: Kontinjen zon tengah mensasarkan naib juara dengan kutipan 40 pingat emas dalam temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) Ketiga yang akan berlangsung mulai 15 hingga 18 Januari ini, di sini. Residen Bahagian Kapit, Galong Luang berkata, SUKSAR lalu, kontinjen zon tengah berjaya menduduki tempat ketiga. “Sekurang-kurangnya pada tahun ini walaupun tidak juara, kita sasar tempat kedua,” […]
Pengangkutan percuma pelajar sekolah sedang diusaha – Fatimah
DALAT: Usaha menyediakan pengangkutan percuma untuk pelajar 10 sekolah kawasan luar bandar di Dalat masih dibincangkan dengan Lembaga Sungai Sarawak (LSS). Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha di bawah program Yayasan Sarawak itu akan memberi manfaat kepada seramai 287 pelajar sekolah rendah di Dalat. “Perkara itu masih dalam […]
Jaringan internet kembangkan perniagaan, mudah dan cepat
KUCHING: Golongan usahawan digalak beralih menjalankan operasi perniagaan menggunakan internet. Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak, Dato Sri Mohd Naroden Majais berkata, ini kerana ramai sudah memiliki kemahiran asas menggunakan internet. Katanya, ini termasuk berkomunikasi dan bertukar maklumat melalui internet menerusi telefon pintar dan sebagainya. “Kita boleh mengiklankan produk, membuat pesanan barang-barang […]
Projek RTP kampung DUN Kabong siap
KABONG: Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong keseluruhannya berjumlah RM1.13 juta siap dilaksanakan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, sebanyak lapan projek RTP yang merupakan permintaan penduduk kampung. “Dua projek itu ialah membina Dewan Serbaguna Tanjung Kembang berjumlah RM300,000 dan naik taraf Pusat Sukan Rakyat, Kabong […]
1,300 atlet sertai SUKSAR Edisi Ketiga
SIBU: Temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) Edisi Ketiga 2023 akan diadakan mulai 15 hingga 18 Januari ini, di sini. Residen Bahagian Sibu, Datu Wong Hie Sieng berkata, lebih 1,300 atlet dari tiga zon di Sarawak akan berentap dalam 13 acara sukan tersebut. Mereka akan tiba di perkampungan sukan Desa Sanyan di sini pada 13 Januari ini. […]
JKM sediakan bantuan psikologi kepada mangsa kebakaran, hulur sumbangan
KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan menyalurkan bantuan bencana kepada keluarga insiden kebakaran yang meragut nyawa seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) berusia 12 tahun di Kota Sentosa, semalam. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengkaji jenis bantuan bersesuaian yang akan disalurkan kepada keluarga […]
Projek Jalan Pasi-Tanjung Manis dijangka siap September depan
SARIKEI: Pembinaan projek Jalan Pasi-Tanjung Manis dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini. Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, projek berharga RM321 juta itu dibiayai Kerajaan Sarawak. Projek meliputi jalan sepanjang 17 kilometer (km) itu melibatkan pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Batang Rajang sepanjang 1.2 km, katanya. […]
