BINTULU: Orang ramai dinasihat supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan situasi banjir yang melanda bahagian ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBBB), Datuk Nyurak Keti, sebaliknya orang ramai harus berhubung terus dengan bilik gerakan operasi (JPBBB) untuk mendapatkan maklumat tepat.
“Jangan sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat yang tidak betul, sebaliknya mendapatkan informasi yang tepat daripada rasmi,” katanya semasa semasa meninjau keadaan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Muhibah malam tadi.
Residen Bahagian Bintulu itu turut mengingatkan masyarakat agar tidak mengambil kesempatan untuk menyalahkan mana-mana pihak dalam situasi genting ini.
“Semua pihak bersatu dan fokus usaha membantu mangsa bencana, bukan mencari kesalahan, kerjasama amat penting dalam situasi sebegini,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai sentiasa berhubung dengan bilik gerakan operasi bagi memastikan bantuan dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
