Bantuan baja bagi golongan layak di DUN Kalaka

SARATOK: Bantuan input pertanian khususnya baja bakal disalurkan melalui dana Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan dilaksana oleh Jabatan Pertanian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berikutan itu mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Ini bagi memberi fokus kepada penerangan bantuan itu di Pejabat Daerah Saratok di sini.

Beliau berkata, sesi bersemuka ini penting bagi memastikan setiap pemohon memahami syarat kelayakan, proses permohonan dan jenis bantuan yang ditawarkan.

“Kita mahu bantuan ini benar-benar sampai kepada mereka yang layak, sekali gus meningkatkan hasil pertanian di kawasan DUN Kalaka,” katanya.

Sesi turut dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid serta dihadiri Pegawai Tadbir Khas BDDA, Abang Mohamed Abang Turkey dan pegawai Jabatan Pertanian Bahagian Betong dan Daerah Saratok yang memberi penerangan terperinci sebelum sesi soal jawab bersama KMKK.