Bazar Gawai Dayak 2025 bermula 15-25 Mei ini, 180 gerai jual pelbagai produk tempatan

KUCHING: Bazar Gawai Dayak 2025 sempena Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025 akan diadakan di Batu Kawa New Township, di sini, mulai 15 hingga 25 Mei ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek), Datuk Gerawat Gala, sebanyak 180 gerai termasuk 50 gerai kraf tangan serta pelbagai gerai makanan, minuman dan produk kering turut dijual oleh usahawan tempatan.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi membincangkan persediaan akhir Bazar Gawai Dayak 2025 di MASJA, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan meras kan bazar tersebut.

“Bagi Sambutan Gawai Dayak 2025, masyarakat Orang Ulu diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah,” tambahnya.

Acara utama lain Sambutan Gawai Dayak 2025 ialah Karnival Gawai Tradisi di Bangunan Federation of Orang Ulu Malaysia (FORUM), Miri dari 12 hingga 13 Jun depan dan Perarakan Gawai Dayak bakal dihadiri Premier Sarawak di Tebingan Kuching pada 21 Jun depan.

Turut diadakan Majlis Makan Malam Gawai Dayak dengan tetamu kehormat Yang di-Pertua Negeri Sarawak, di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), di sini pada 22 Jun depan.