Category: Umum

Sepak takraw berpotensi jadi tarikan pelancongan di Lawas

LAWAS: Sukan sepak takraw berpotensi dijadikan produk pelancongan bagi daerah Lawas, selain mengekalkan permainan tradisional ini sebagai warisan budaya tempatan. Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, berkata pemain sukan itu dicabar untuk mengharumkan nama daerah sekali gus mempromosikannya sebagai destinasi sukan pelancongan. “Jadi kita cabar pemain permainan ini agar dapat […]

Sarawak perkenal RUU bangunan hijau, CENTEXS Dalat beroperasi

DALAT: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Bangunan (Pindaan) 2025 menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam menggalakkan pembinaan bangunan berasaskan teknologi hijau. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata, Sarawak menjadi negeri pertama memperkenalkan RUU yang mewajibkan bangunan mematuhi standard antarabangsa Indeks Bangunan Hijau (GBI) bagi mengurangkan pelepasan karbon. “Tujuan kita menjadikan Sarawak negeri […]

Cadangan BGS Fun Run jadi acara tahunan

KUCHING: Kampung Boyan, Gersik, Sourabaya (BGS) Fun Run 2025 yang julung kali diadakan berpotensi dimasukkan ke dalam kalender sukan komuniti Sarawak selepas menerima sambutan menggalakkan daripada lebih 500 peserta. Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak yang juga ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata acara itu membuktikan kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup sihat semakin […]

Teknologi kunci lonjakan pertanian Sarawak

KUCHING: Sektor pertanian mampu menjadi pemacu ekonomi baharu Sarawak sekiranya petani memanfaatkan teknologi moden sepenuhnya, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Menurutnya, kerajaan negeri komited mengubah landskap pertanian melalui penggunaan mesin, automasi dan teknologi digital bagi meningkatkan produktiviti serta pendapatan petani. “Pertanian moden bukan pekerjaan bergaji kecil. Ia kini kerjaya […]

Jaringan jalan, jambatan pacu ekonomi baharu Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi fokus kepada pembinaan jaringan perhubungan bagi mempercepatkan pembangunan negeri, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, penyediaan jalan dan jambatan penting untuk menghubungkan bandar dan luar bandar, sekali gus membuka akses ekonomi moden kepada kawasan pedalaman. “Jaringan perhubungan yang tersedia akan menghubungkan kawasan pedalaman serta […]

25 pelajar SJK Chung Hua Matu Khatam Al-Quran

MATU: Majlis Khatam Al-Quran peringkat SJK Chung Hua Matu berlangsung meriah,disempurnakan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. Majlis menyaksikan 25 murid menamatkan bacaan Al-Quran, dengan perarakan simbolik menggunakan tandu berbentuk bot dan rumah, mencerminkan identiti budaya Matu dan Daro. Ahmad Johnie disambut secara unik dengan beca berhias yang ditarik guru besar, menonjolkan keakraban antara pemimpin […]

Prestasi pelancongan memberangsangkan, fokus diterus – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak optimis mencapai sasaran kunjungan lima juta pelancong tahun ini, meskipun jumlah yang diperlukan bagi dua bulan terakhir agak mencabar. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setakat Oktober lalu, negeri itu merekodkan kehadiran 4.01 juta pelancong dengan nilai resit pelancongan sebanyak RM10.2 bilion. Menurutnya, bagi […]

Megat Ardian dilantik CEO AirBorneo berkuat kuasa 2026

KUCHING: Bekas Ketua Pegawai Penerbangan dan Strategi, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirBorneo berkuat kuasa 1 Januari 2026. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi AirBorneo Holdings yang juga Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan […]

BPHB serahkan dana untuk pembangunan masjid Sarawak

KUCHING: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan sosial dan keagamaan melalui penyerahan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Majlis penyerahan berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini dan disaksikan Premier Sarawak merangkap Pengerusi LAKMNS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Simbolik penyerahan […]

Sarawak naik taraf jalan balak secara berperingkat

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mengambil alih semua jalan balak di negeri ini untuk dipertingkat menjadi rangkaian jalan luar bandar yang lebih selamat dan boleh digunakan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau menekankan bahawa banyak komuniti pedalaman bergantung kepada jalan balak sebagai laluan utama untuk ke sekolah, fasiliti kesihatan dan urusan ekonomi […]