Category: Umum

BPHB serahkan dana untuk pembangunan masjid Sarawak

KUCHING: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan sosial dan keagamaan melalui penyerahan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Majlis penyerahan berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini dan disaksikan Premier Sarawak merangkap Pengerusi LAKMNS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Simbolik penyerahan […]

Sarawak naik taraf jalan balak secara berperingkat

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mengambil alih semua jalan balak di negeri ini untuk dipertingkat menjadi rangkaian jalan luar bandar yang lebih selamat dan boleh digunakan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau menekankan bahawa banyak komuniti pedalaman bergantung kepada jalan balak sebagai laluan utama untuk ke sekolah, fasiliti kesihatan dan urusan ekonomi […]

PRN Sabah: IPD Lawas hantar 20 anggota

LAWAS: Seramai 20 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas berlepas ke Sabah hari ini bagi melaksanakan tugas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17. Kontinjen tersebut terdiri daripada 18 anggota elemen Jaga Saluran dan dua anggota elemen Trafik, diketuai Sjn Nazarudin Suhaili. Majlis pelepasan disempurnakan Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, di Dewan Serbaguna […]

Legasi Juma’ani diabadikan dalam buku Songket–Keringkam

KUCHING: Usaha Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dalam memartabatkan seni songket dan keringkam terus diperkasakan dengan pelancaran buku The Revival of Sarawak Songket and Keringkam: Honouring Datuk Amar Juma’ani hari ini. Buku tersebut kemudian disampaikan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan […]

Hadiah Krismas, Jambatan Sebauh dibuka pada umum 6 Disember ini

KUCHING: Jambatan Sebauh di Bintulu akan dibuka kepada orang ramai pada 6 Disember ini, sekali gus dianggap sebagai hadiah Krismas bagi komuniti Sebauh dan kawasan sekitarnya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pembukaan jambatan itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat dengan memudahkan pergerakan harian, memendekkan masa perjalanan, serta menyokong aktiviti […]

GPS tunaikan janji, penduduk Rumah Amban Danis Libas nikmati bekalan elektrik

SARATOK: Penduduk di Rumah Amban Danis Libas, Sungai Antu Krian kini menikmati bekalan elektrik 24 jam selepas projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan. Projek tersebut sekali gus membawa keselesaan baharu kepada komuniti setempat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penyediaan kemudahan itu merupakan langkah penting dalam meningkatkan kualiti […]

Sarawak perkukuhkan kedudukan sebagai hab tenaga boleh diperbaharui

KUCHING: Sarawak semakin menonjol sebagai calon hab tenaga boleh diperbaharui di rantau ini, didorong oleh kekayaan sumber alam serta komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh sektor hijau. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak memerlukan rakan teknologi global bagi memanfaatkan sepenuhnya potensi tenaga boleh diperbaharui yang dimiliki negeri ini. “Forum […]

Blok baharu SK Abang Ali dinamakan Puan Sri Juma’ani

SIBU: Blok pentadbiran baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali dinamakan sebagai blok Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani bagi menghargai jasa Allahyarhamah, isteri Premier Sarawak dan juga bekas murid sekolah itu. Perasmian penamaan disempurnakan oleh anak Premier, Dayang Norjihan, yang turut melawat blok tersebut. Majlis tersebut diadakan serentak dengan Majlis Khatam Al-Quran Ke-18, melibatkan 91 […]

Ekonomi pesat Sarawak tarik anak tempatan kembali berkhidmat

KUCHING: Perkembangan pesat ekonomi Sarawak kini membuka peluang baharu yang mendorong golongan profesional tempatan yang bekerja di luar negeri untuk kembali menabur bakti di tanah air. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pertumbuhan ekonomi yang rancak membolehkan sektor-sektor utama menawarkan pakej gaji yang setara dengan kelayakan serta kepakaran tenaga kerja […]