Category: Umum

Dana pembiayaan antara cabaran laksanakan grid tenaga Borneo

KUCHING: Mencari dana pembiayaan adalah antara cabaran utama bagi menjayakan grid tenaga Borneo untuk membekalkan tenaga ke negara-negara ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, di samping itu untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan pakar dalam melaksanakannya juga merupakan satu lagi cabaran. […]

SSLR Fasa Dua bakal dirasmi 11 September ini

KUCHING: Projek mega Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Dua bakal dirasmikan pada 11 September ini di Limbang. Perasmian itu sekali gus membuka lembaran baharu dalam pembangunan rangkaian jalan raya strategik di utara Sarawak. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, majlis itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier […]

Sambutan Maulidur Rasul serlahkan keharmonian masyarakat majmuk

KUCHING: Sambutan Maulidur Rasul di Masjid India Bandar Kuching sekali lagi menyerlahkan keharmonian masyarakat majmuk apabila umat Islam daripada pelbagai latar belakang bergabung menjayakan acara tahunan itu. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sambutan tersebut bukan sahaja menzahirkan […]

Sarawak Energy kaji projek NbS di kawasan tadahan hidro

KUCHING: Sarawak Energy menerima Permit Kajian Karbon Dataran Seping (CSP) daripada Jabatan Hutan Sarawak, sekali gus membolehkan syarikat utiliti itu memulakan kajian kebolehlaksanaan projek Nature-based Solutions (NbS) di kawasan tadahan kuasa hidro. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili berkata, projek NbS dijangka menghasilkan lebih 250,000 unit kredit karbon bagi mengimbangi pelepasan sektor […]

Tiga langkah utama bantu Sarawak muncul sebagai peneraju ASEAN

KUCHING: Sarawak berpotensi muncul sebagai peneraju ASEAN dalam bidang tenaga mampan sekiranya prinsip ekonomi kitaran dapat diamalkan secara menyeluruh merentas sektor. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, komitmen itu hanya dapat dicapai melalui tiga langkah utama iaitu berpegang kepada prinsip ekonomi kitaran, bekerjasama dalam perkongsian teknologi […]

Temasya Sukan Borneo 24-28 September ini

KUCHING: Temasya Sukan Borneo kembali dianjurkan selepas sekian lama menyepi, dengan Sarawak menjadi tuan rumah edisi 2025 bermula 24 hingga 28 September ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran kali ini memberi tumpuan kepada memperkukuh hubungan persaudaraan dan kerjasama antara negeri, negara serta provinsi di rantau […]

Industri burung walit mampu lonjakkan ekonomi komuniti luar bandar

KUCHING: Industri burung walit di Bahagian Sri Aman diberi perhatian khusus melalui sesi libat urus yang diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, di sini, semalam. Sesi itu dipengerusikan bersama oleh Pengerusi Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) Dato Sri Rohani Abdul Karim dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Datu Dr. Adrian Susin Ambud. […]

Pelajar luar bandar miliki potensi dalam arena sukan

DARO: Pelajar luar bandar perlu sentiasa didedahkan dengan aktiviti-aktiviti sukan untuk mencungkil bakat mereka. Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, pelajar luar bandar juga mempunyai bakat untuk menyinar dan mampu pergi jauh jika diberi peluang. Justeru, beliau menyambut baik penganjuran Pertandingan Bola Baling Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Daro 2025 yang menjadi platform melatih pelajar […]

Bukit Saban bakal muncul sebagai hab pertanian moden baharu

BETONG: Kawasan Bukit Saban dijangka muncul sebagai hab pertanian moden baharu dengan pelaksanaan pelbagai projek strategik yang sedang dirancang kerajaan negeri. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, antara inisiatif utama ialah pembangunan Agropark di Spaoh bernilai RM60 juta yang kini dalam peringkat awal pelaksanaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID). ‘’Usaha itu sejajar […]