Category: Umum

Mohamad Junaidi kini Pengarah Yayasan Sarawak baharu

KUCHING: Yayasan Sarawak mengumumkan pelantikan Datu Mohamad Junaidi Mohidin sebagai Pengarah Yayasan Sarawak baharu berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Datu Mersal Abang Rosli yang menamatkan perkhidmatan selepas berkhidmat dengan Yayasan Sarawak selama 43 tahun. Simbolik majlis penyerahan tugas disaksikan Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki di […]

Perkasa bidang pertanian, DUN Demak Laut bantu golongan sasar

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut akan memanfaatkan sepenuhnya dana sejumlah RM1 juta yang diperuntukkan kepada setiap DUN bagi memperkasakan bidang pertanian di negeri ini. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut berkata, pihaknya memilih pertanian kerana konstituensinya terletak di pinggir […]

Pengukuran tanah dilaksana secara berhemah

SIBU: Kerja-kerja pengukuran tanah hak adat Bumiputera (NCR) tidak akan dilaksanakan jika tanah itu sedang terlibat dalam pertikaian atau perbicaraan di mahkamah. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan, kerja pengukuran hanya akan diteruskan selepas kes-kes berkaitan ditarik balik daripada mahkamah. “Justeru, selesaikanlah dengan cara baik dan berhemah. Setelah itu, sekiranya mahu […]

SK433 AKW tingkat pembangunansosioekonomi

KUCHING: Projek penggerudian SK433 Adong Kechil Barat di Miri dijangka memulakan pengeluaran minyak dan gas pada 2026, memberikan peluang besar untuk memanfaatkan sumber alam Sarawak. Projek ini, yang dikendalikan oleh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), bertujuan mempertingkatkan pengeluaran minyak dan gas dari daratan, serta membuka ruang untuk lebih banyak aktiviti pengeluaran pada masa depan. Menurut Naib […]

Majlis angkat sumpah ahli MDLBS, MPS

SIBU: Seramai 32 ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) mengangkat sumpah pelantikan di Wisma Sanyan, di sini, hari ini. Majlis angkat sumpah itu dihadiri Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Ahli majlis yang dilantik seramai tujuh orang dari Parti Pesaka Bumiputera […]

19 projek RTP DUN Tasik Biru lewat

KUCHING: Semua agensi pelaksana perlu menyelesaikan masalah projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang tidak dapat bermula dan mengikut jadual di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru, Bau. Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, terdapat 19 projek RTP di DUN terbabit […]

Sarawak sasar ulangi kejayaan Majlis Tilawah, Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025

KUCHING: Kontinjen Sarawak mensasarkan untuk mengulangi kejayaan cemerlang yang dilakar sebelum ini apabila bakal bertanding pada pertandingan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025 di Perlis. Bagi merealisasikan misi, Sarawak akan menghantar enam peserta pada edisi kali ini, menurut Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datu Misnu Taha. Katanya, kontinjen Sarawak terdiri daripada peserta-peserta […]