Category: Umum

Sarawak pelajari bantuan JHEWA Sabah

KUCHING: Rombongan Sarawak mengadakan lawatan penandaarasan ke Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah di Kota Kinabalu pada 29 hingga 30 April lalu. JHEWA Sabah di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengetuai rombongan tersebut. Objektif lawatan bagi mempelajari dan menambah pengetahuan […]

Perkukuhkan hak pekerja, Sarawak laksana pindaan Ordinan Buruh Sarawak

KUCHING: Sarawak akan melaksanakan pindaan Ordinan Buruh Sarawak (SLO) bermula 1 Mei 2025, sebagai langkah memperkukuh hak pekerja dan menyelaraskannya dengan Akta Kerja 1955 serta standard antarabangsa. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, pindaan ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan keadilan dan amalan kerja yang […]

Peruntukan RM4.6 bilion tingkatkan bekalan air luar bandar Sarawak

PADAWAN: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM4 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan tambahan RM600 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini untuk memperkukuh sistem bekalan air di negeri ini. Katanya, peruntukan besar itu bagi menangani segera isu bekalan air bersih di luar bandar, memandangkan […]

Sarawak laksanakan penilaian program DLP mulai Oktober depan

LONDON: Kerajaan Sarawak akan mula melaksanakan penilaian standard bagi Program Dwibahasa (DLP) khususnya untuk murid Tahun 6 bermula Oktober 2025. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penilaian itu diselaraskan mengikut piawaian antarabangsa oleh Cambridge University Press and Assessment (CUP&A). Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi kebenaran kepada Kerajaan Sarawak menerusi […]

UNIMAS, Emerald Group Publishing East Asia meterai MoU

SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi penyelidikan bertaraf antarabangsa menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Emerald Group Publishing East Asia. UNIMAS menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu kerjasama strategik ini dilihat sebagai langkah penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik dan memperluas impak penyelidikan universiti terhadap cabaran global. Majlis menandatangani MoU yang berlangsung […]

Pekerja permata berharga – TYT

KUCHING: Golongan pekerja disifatkan sebagai “kesuma bangsa” dan tulang belakang utama yang menggerakkan jentera pembangunan serta kemajuan Sarawak dan negara. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, setiap titik peluh pekerja – sama ada di bandar mahupun pedalaman – adalah pemacu utama kepada kemakmuran negeri. Dalam perutusannya sempena sambutan […]

14 peserta Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Lundu

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan mengajak rakyat melakukan sesuatu perkara hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Beliau berkata, malah, perkara yang dilakukan itu harus seimbang antara pembangunan fizikal dan rohani dengan Al-Quran dijadikan panduan dalam segala aspek kehidupan. Azizul berkata demikan ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Lundu di Masjid Pehin […]

SMD meterai kerjasama strategik dengan CSA Catapult, UK

CARDIFF: Usaha Sarawak untuk muncul sebagai kuasa besar teknologi cip pintar di rantau ini semakin menjadi kenyataan apabila SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai kerjasama strategik dengan syarikat teknologi dari United Kingdom (UK), CSA Catapult. Majlis menandatangani perjanjian itu yang turut disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Opengdi Cardiff, UK, hari […]

Lindungi diri, berani bersuara tangani gangguan seksual

KUCHING: Masyarakat khususnya remaja di luar sana dinasihat berani bersuara menentang gangguan seksual demi mempertahankan maruah dan keselamatan diri. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menegaskan setiap masyarakat berhak untuk bertindak demi keselamatan dan maruah diri. Beliau komited untuk memperkasa keadilan melalui pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual. “Saya […]