CARDIFF: Kerajaan Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam bidang teknologi global apabila memperkenalkan KETEQ AI iaitu peranti penukar kuasa berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama seumpamanya di dunia hasil usaha dan kepakaran anak negeri itu sepenuhnya. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kejayaan itu merupakan antara pencapaian utama di bawah […]
Jambatan Kampung Bulau bakal siap tahun depan, hubungkan Bekenu dan kawasan sekitar
BEKENU: Pembinaan Jambatan Kampung Bulau akan memperkukuh hubungan antara Bekenu dengan kawasan sekitarnya apabila siap pada tahun depan. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, projek ini bukan sahaja memberi kemudahan lebih baik kepada penduduk, malah membuktikan kerajaan menepati janji untuk melaksanakan pembangunan. Katanya, ia merupakan antara komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperluaskan jaringan […]
Sumbangan MRP tanda sokongan pembangunan pendidikan kawasan Igan
IGAN: Pejabat Pendidikan Dalat dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Igan masing-masing menerima sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM10,000 ketika merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran SK Kampung Igan, di sini, semalam. Sumbangan MRP terbabit sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan di kawasan […]
Dialog projek karbon biru pulihara bakau
TANJUNG MANIS: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menganjurkan dialog projek karbon biru bersama komuniti di Kampung Paloh dan Kampung Serdeng, di sini. Menurut kenyataan media PUSAKA, program ini dianjurkan dengan kerjasama Worldview Climate Solutions Sdn Bhd (WCS) yang bermula semalam sehingga hari ini. Ini adalah inisiatif memperkenal dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam program pemulihan dan […]
Pusat Kebudayaan Islam Cina bakal dibangun di Jalan Bako
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan sokongan terhadap usaha Persatuan Kebajikan Tionghua Islam Sarawak (PERKTHIS) dalam memperkasa komuniti Tionghua Muslim menerusi pelbagai inisiatif kebajikan dan projek pembangunan. Kunjungan hormat delegasi PERKTHIS diketuai Presidennya, Mortadha Lau Abdullah di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini. […]
Fiesta Agro Serian pada 23 Mei, mampu tarik pengunjung Kalimantan Barat
SERIAN: Fiesta Agro Serian 2025 yang julung kali akan diadakan di Bandar Mutiara Tebedu dijangka menarik lebih 4,000 pengunjung termasuk dari Kalimantan Barat, Indonesia. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben berkata, fiesta itu bertujuan mempamerkan hasil peladang, penternak dan pengusaha kolam ikan, memperkenal teknologi pertanian digital dan mendedahkan program pembangunan […]
Projek pembangunan ubah landskap Limbang
LIMBANG: Jalan raya, projek Kompleks Pentadbiran Bersepadu (IAC), pemanjangan landasan lapangan terbang dan projek pembangunan pejabat Majlis Daerah Limbang (MDL) antara projek pembangunan yang giat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun di sini. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, tiga lagi projek mega sedang dalam pelaksanaan ialah Lebuh […]
Lada Sarawak pilihan Jepun, sanggup bayar mahal
KUCHING: Pengusaha makanan dan penduduk di Jepun sunggup membayar lebih mahal untuk lada Sarawak daripada lada dihasilkan oleh negara lain. Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi berkata, penduduk Jepun mengakui lada dari Sarawak bermutu tinggi dengan aroma yang sukar ditandingi. Malah, lada Sarawak juga terkenal di seluruh dunia kerana bermutu dan bearoma […]
Abang Johari lawat UK, perkukuh kerjasama bidang inovasi, semikonduktor
CARDIFF: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan lawatan rasmi ke United Kingdom, hari ini untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang inovasi dan semikonduktor. Setibanya di Cardiff, beliau disambut Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dan pemimpin kerajaan negeri. Lawatan ini menyaksikan perjanjian kerjasama antara SMD Semiconductor dan tiga syarikat […]
Geran RM20,000 bantu beli van SK Agama (MIS) Lawas
LAWAS: Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Agama (MIS) Lawas menerima sumbangan geran kerajaan berjumlah RM20,000. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong yang mewakili Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengumumkan sumbangan terbabit ketika merasmikan Pesta PIBG SK (MIS) Lawas, di sini, hari ini. Ini sebagai sokongan kepada pesta […]
