IGAN: Pejabat Pendidikan Dalat dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Igan masing-masing menerima sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000.
Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM10,000 ketika merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran SK Kampung Igan, di sini, semalam.
Sumbangan MRP terbabit sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan di kawasan Igan.
Ahmad Johnie dalam ucapan ringkasnya di majlis itu menekankan pentingnya memupuk semangat perpaduan serta menghargai tradisi sambutan Aidilfitri dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.
Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Dalat, Magdaline Jon; Guru Besar SK Kampung Igan, Mohamad Ali Kupon.
