Category: Umum

18 Kompleks Sukan Mini giat dibangun seluruh Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang giat membangunkan 18 Kompleks Sukan Mini di setiap daerah yang dijangka menjadi asas dalam pembangunan sukan dan pencarian bakat baharu. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beberapa kompleks sudah siap dibina dan ada yang masih dalam proses pembinaan. Jelasnya, setiap kompleks sukan ini dianggarkan […]

Pembukaan Jambatan Muara Lassa beri impak positif perniagaan makanan

DARO: Jambatan Muara Lassa memberi impak positif khususnya ekonomi di kawasan ini sejak dibuka 9 Januari lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, jumlah pengunjung dan pengguna jalan raya turut meningkat di kawasan itu yang menyumbang kepada peningkatan perniagaan. “Ada dalam kalangan peniaga makanan memberi pendapatan mereka meningkat berkali ganda selepas jambatan […]

959 peserta hadiri program bantuan lesen memandu B2

KABONG: Seramai 959 peserta menyertai Program Bantuan Lesen Memandu B2 (MyLesen) Peringkat Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kabong di sini. Ia bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu kelas B2 dengan kadar bayaran yang minima, mulai 11 Januari hingga 22 Febuari lalu. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, mungkin peserta sebelum ini ada kekangan […]

Bangunan baharu PDK Daro sediakan persekitaran selesa

DARO: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis perasmian bangunan baharu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daro, hari ini. Ini jelas membuktikan komitmen kerajaan memperkasa program pemulihan dan kebajikan bagi mereka yang memerlukan.  Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kenyataannya memberitahu, bangunan baharu itu menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan serba […]

Jalan Utama Kedua hubungkan Kuching ke Sibu siap 30 peratus

DARO: Jalan Utama Kedua sepanjang 225 kilometer (km) menghubungkan Kuching ke Sibu dijadual siap 2028. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek terbabit bernilai RM5.5 bilion. Ia antara projek pembinaan jalan raya bernilai RM30 bilion dirancang Premier Sarawak mulai 2017. “Projek Jalan Utama Kedua […]

Projek Tebingan Daro dijangka siap Mac 2027

DARO: Projek Tebingan Daro yang diluluskan di bawah Projek Rakyat dijangka siap menjelang Mac 2027. Tempoh pembinaan projek tersebut mengambil masa 24 bulan dan dijangka dimulakan April 2025 dengan kos RM35 juta. Majlis pecah tanah dilakukan olehPremier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disini, hari ini. Tebingan itu m sepanjang 410 meter […]

Bina jambatan, Sarawak tunaikan janji demi keselesaan rakyat

DARO: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa banyak jambatan sedang dalam pembinaan akan siap sepenuhnya pada tahun ini. Menurutnya, penyiapan infrastruktur asas itu membuktikan janji kerajaan sebelum ini bukan sekadar ‘air liur’ sahaja. Ia merupakan tanggungjawab yang harus ditunaikan demi meningkatkan jaringan perhubungan dan ekonomi penduduk “Kita bersyukur, […]

Perbincangan Sukan SEA 2027 pada 26 Februari ini

KUCHING: Perancangan penganjuran temasya Sukan SEA 2027 akan dibincang pada pertemuan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh pada 26 Februari ini. Menurut Abdul Karim, pertemuan itu juga membincangkan perancangan penganjuran temasya sukan lain yang lebih besar pada masa hadapan. […]

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu terima tugas

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, pagi tadi. Di majlis itu, CP Datuk Ibrahim Darus menyerahkan tugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak kepada Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek. Turut diadakan Upacara “Sending […]