Category: Umum

12 individu terima kunci Rumah Spektra Permata

SARIKEI: Seramai 12 individu di sini lega selepas menerima kunci Rumah Spektra Permata (RSP). Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh di Dewan Serbaguna Bangunan IAC Sarikei hari ini. Menurut Len, RSP ini merupakan bukti komitmen […]

TOY8 tawarkan penilaian digital perkembangan kanak-kanak

KUCHING: Program saringan digital TOY8 baharu diperkenal mendapat pujian sebagai penyelesaian menangani senarai menunggu yang panjang di Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menyatakan bahawa walaupun OSEIC pada mulanya menampung 100 kanak-kanak, permintaan yang semakin meningkat telah mengatasi kemudahan sedia ada yang membawa […]

Jabatan Hutan nafi wujud pembalakan haram di Saratok

KUCHING: Agensi penguatkuasaan yang membantudalam penguatkuasaan kesalahan hutan disaran merujuk kepada Jabatan Hutan Sarawak (JHS) sebelum mengeluarkan kenyataan susulan tangkapan masing-masing. Perkara ini dibincangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat ‘State Illegal Logging Task Force (STFIL)’ yang dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan . Unit Perundangan dan Khidmat Nasihat JTS dalam kenyataan di […]

Sarawak contohi pembangunan lestari bandaraya Norway

OSLO (Norway): Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sedang mengetuai rombongan dari Sarawak untuk mengkaji cara pengurusan perancangan bandar raya dan strategi kelestarian pembangunan di Oslo, Norway. Bersama rombongan dari Sarawak dalam lawatan itu ialah Datuk Jefferson Jamit Unyat, Wilson Nyabong Ijang, Datuk Ismawi Ismuni, Datu Abdullah Julaihi, Datu Lester Matthew, Dzulkornain […]

Yayasan OBYU sumbang mesin hemodialisis pada Hospital Daro

DARO: Yayasan OBYU menyerahkan sumbangam mesin hemodialisis kepada Hospital Daro. Majlis penyerahan sumbangan tersebut yang berlangsung semalam disempurnakan oleh ADUN Daro, Safiee Ahmad. Safiee dalam ucapannya menzahirkan terima kasih kepada Yayasan OBYU atas sumbangan. “Sesungguhnya, sumbangan terutamanya kepada 31 pesakit yang amat memerlukan mesin hemodialisis ini,” katanya. Beliau berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat yang […]

289 projek bekalan air luar bandar Sarawak siap

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM4.6 bilion bagi memastikan bekalan air disalurkan ke luar bandar negeri ini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, peruntukan itu melibatkan sebanyak 407 projek berkaitan. “Setakat ini, sebanyak 289 projek bersamaan dengan 71 peratus telah siap, 79 projek (19.4 peratus) dalam peringkat prakontrak manakala […]

MTCP alu-alukan penganjuran konsert bantu promosikan Sarawak

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak mengalu-alukan penganjuran konsert yang mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Sarawak termasuk luar negara. Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi contoh penganjuran konsert band dari Indonesia, Nidji di Sarawak akan menarik peminat bukan sahaja dari negeri ini, malah Semenanjung, Sabah, Brunei dan Indonesia. […]

Kontraktor gagal penuhi syarat CIDB, 14 notis dikeluar

KUCHING: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sarawak mengeluarkan 14 notis kepada kontraktor, di sini, hari ini. Menurut kenyataan CIDB, notis dikeluarkan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu 2025 bagi memastikan pematuhan undang-undang dalam sektor pembinaan di sekitar Kuching. Operasi ini melibatkan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), […]

UK hasrat perkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia

KUCHING: United Kingdom (UK) berhasrat memperkukuhkan hubungan dua hala bersama Malaysia khususnya Sarawak dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Ini dinyatakan Speaker Dewan Rakyat, Parlimen United Kingdom Sir Lindsay Hoyle sambil yakin bahawa kedua-dua negara mempunyai potensi untuk memperluaskan kerjasama strategik. “Kami mahu membincangkan bagaimana kita boleh memperkukuh kerjasama perniagaan dan perdagangan pada masa hadapan,” ulasnya. […]

SNCC pastikan golongan istimewa tidak tersisih

KUCHING: Pembinaan Special Needs Community Centre (SNCC) di Pusat Pemulihan Samarahan akan memastikan golongan istimewa di negeri ini tidak tersisih dari masyarakat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pusat ini akan menyediakan perkhidmatan dan sokongan kepada pelbagai lapisan umur berkonsepkan ‘from cradle to grave’. Katanya, pembinaan pusat tersebut […]