Category: Umum

30 agensi sertai Pesta Pendidikan Ziarah Mahabbah

SIBU: Program Ziarah Mahabbah Zon Tengah II anjuran Majlis Islam Sarawak (MIS) selama dua hari di Kompleks Islam Sarawak Sibu menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan, kemahiran dan kebajikan untuk masyarakat Islam. Pemangku Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Iskandar Allan berkata, program pada 17 dan 18 Oktober itu turut menampilkan pameran pesta pendidikan yang disertai 30 […]

PRN: Calon terserah kepada kepimpinan tertinggi parti

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan mengambil kira keperluan calon baharu serta kesinambungan kepimpinan parti. Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemilihan calon merupakan urusan kepimpinan tertinggi parti. Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak, berkata, […]

5,000 kes keganasan rumah tangga direkodkan tahun ini

KUCHING: Kira-kira 5,000 kes keganasan rumah tangga direkodkan tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri. Menurutnya, bilangan itu sekali gus menunjukkan keperluan meningkatkan kesedaran wanita mengenai hak dan perlindungan diri masing-masing. Justeru, tegasnya, pemerkasaan ekonomi wanita penting bagi membolehkan mereka berdikari serta tidak terlalu bergantung kepada pasangan. “Kebebasan kewangan […]

EmpowerUS 2026 platform perkongsian ilmu, kepimpinan era AI

KUCHING: Seminar EmpowerUS 2026 menghimpunkan hampir 200 pemimpin, profesional, pengamal, penggubal dasar dan alumni bagi berkongsi ilmu serta perkembangan kecerdasan buatan (AI). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, program itu membuka peluang kepada peserta bertukar pengalaman mengenai kemajuan teknologi antarabangsa. “Pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan bagi memastikan golongan profesional Sarawak mengikuti […]

GPS terus rancakkan pembangunan DUN Samariang

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus mempergiatkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pelbagai projek jalan raya, kemudahan komuniti dan perumahan rakyat dilaksanakan. Menurutnya, […]

Bulan HASiL 1-31 Oktober ini, tingkatkan kesedaran pembayar cukai

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung pematuhan cukai menerusi pelbagai program yang dianjurkan sepanjang Bulan HASiL dari 1 hingga 30 Oktober ini. Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, inisiatif memberi tumpuan kepada pendekatan turun padang mendekati pembayar cukai, menyampaikan maklumat percukaian serta membantu pembayar cukai memahami […]

Belanjawan Sarawak 2027 beri manfaat kepada rakyat

KUCHING: Pembentangan Belanjawan Sarawak 2027 mencerminkan kesinambungan dasar Kerajaan Sarawak yang menekankan pembangunan negeri ini sejak 2017. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, ini dengan hampir 70 peratus peruntukan belanjawan itu disalurkan kepada pembangunan ketika dibentangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun […]

Kerajaan Sarawak sampaikan sumbangan kepada waris mangsa nahas helikopter Long Lellang

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada setiap keluarga lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, di sini, hari ini. Majlis penyerahan dilakukan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini. Sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan […]

Kerajaan Sarawak agihkan RM20 juta kepada 129 sekolah mubaligh

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyalurkan bantuan berjumlah RM20 juta kepada 129 sekolah mubaligh di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bantuan tersebut bagi menaik taraf kemudahan dan infrastruktur pendidikan. Menurutnya, bantuan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan RM30 juta yang diluluskan Kerajaan Sarawak untuk sekolah […]

Kesan awal disleksia bantu kanak-kanak belajar

KUCHING: Pengesanan awal disleksia penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat sokongan pembelajaran sesuai dengan keperluan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, disleksia bukan petunjuk kecerdasan rendah atau sikap malas sebaliknya merupakan kesukaran khusus dalam kemahiran membaca dan mengeja. “Kanak-kanak disleksia mampu belajar membaca, menamatkan persekolahan, melanjutkan pengajian ke […]