Category: Umum

Kerajaan Sarawak agihkan RM20 juta kepada 129 sekolah mubaligh

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyalurkan bantuan berjumlah RM20 juta kepada 129 sekolah mubaligh di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bantuan tersebut bagi menaik taraf kemudahan dan infrastruktur pendidikan. Menurutnya, bantuan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan RM30 juta yang diluluskan Kerajaan Sarawak untuk sekolah […]

Kesan awal disleksia bantu kanak-kanak belajar

KUCHING: Pengesanan awal disleksia penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat sokongan pembelajaran sesuai dengan keperluan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, disleksia bukan petunjuk kecerdasan rendah atau sikap malas sebaliknya merupakan kesukaran khusus dalam kemahiran membaca dan mengeja. “Kanak-kanak disleksia mampu belajar membaca, menamatkan persekolahan, melanjutkan pengajian ke […]

Cadangan pasang 557 lampu LED solar laluan Pan Borneo ke Kabong

KUCHING: Sebanyak 557 unit lampu LED solar dikenal pasti untuk pemasangan di sepanjang laluan dari Simpang Pan Borneo ke Pekan Kabong . Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, pemasangan itu melibatkan jarak sejauh kira-kira 37.7 kilometer (km), dengan anggaran kos RM3.62 juta. Menurutnya, cadangan itu bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna […]

Hab Persatuan Usahawan SYStartUp himpunkan usahawan muda

KUCHING: Hab Persatuan Usahawan SYStartUp Sarawak menjadi pusat pertemuan usahawan muda bagi mendapatkan maklumat dan bimbingan keusahawanan daripada kerajaan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Hab Persatuan Usahawan yang pertama itu diwujudkan di Jalan Kulas sebagai pusat sehenti untuk menghimpunkan usahawan muda serta peserta program keusahawanan kementerian. […]

Sarawak keluarkan dua lagi lesen karbon hutan

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengeluarkan dua lagi Lesen Karbon Hutan bagi memperkukuhkan usaha pemuliharaan hutan, pengurusan sumber secara mampan serta pembangunan ekonomi hijau negeri. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, lesen berkenaan diberikan kepada Lembaga Amanah Kemajuan Islam Kuala Rejang (LAKIKR) dan Shin Yang Sdn Bhd. Menurutnya, […]

MoU meterai projek perluaskan kesalinghubungan digital kawasan Greater Kuching

KUCHING: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kerajaan Sarawak memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pelaksanaan projek Bandar Pintar Kuching dan Kesalinghubungan Digital. Menurut kenyataan MCMC, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil menyaksikan majlis pertukaran dokumen MoU tersebut di Dewan Undangan Negeri […]

Belanjawan 2027 komprehensif, tingkatkan sosioekonomi rakyat

KUCHING: Belanjawan Sarawak 2027 diyakini mampu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat menjelang 2030. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, langkah itu sekali gus mampu merapatkan jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, menambah, peruntukan RM6.4 bilion atau 64 peratus […]

Pusat Kebudayaan FORUM bakal berlangsung November depan

KUCHING: Jawatankuasa Pembangunan Kedaya Telang Usan mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini. Kunjungan diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala itu melibatkan wakil Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM), […]

32 peserta sertai MTQBB mulai 26 Oktober ini

KUCHING: Seramai 32 peserta dari sembilan bandar raya dan wilayah utama di Borneo bakal menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo (MTQBB) Tahun 1448H/2026M mulai 26 hingga 29 Oktober ini. Bertemakan Ummah Maju Makmur, program itu akan berlangsung di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching, melibatkan delegasi dari Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia. Menurut kenyataan […]

TYT Sarawak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-273 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Istana Negara. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Istana Negara itu dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong merangkap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Turut […]