Category: Umum

TYT Sarawak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-273 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Istana Negara. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Istana Negara itu dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong merangkap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Turut […]

Bahasa Melayu bukan syarat kemasukan, wajib dipenuhi sebelum graduasi

KUCHING: Pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di Sarawak tanpa kelulusan Bahasa Melayu tetap diwajibkan memenuhi keperluan bahasa kebangsaan sebelum dianugerahkan diploma atau ijazah. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, perkara itu jelas diperuntukkan di bawah Seksyen 41(5) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). […]

Pewartaan cuti umum perlu seimbang kebajikan pekerja, ekonomi

KUCHING: Pewartaan cuti umum di Sarawak perlu dilaksanakan secara terancang dengan mengambil kira kebajikan pekerja, kepentingan ekonomi negeri serta kelancaran perkhidmatan awam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, sebarang perubahan dasar cuti perlu diteliti secara menyeluruh bagi memastikan keseimbangan antara kepentingan pekerja dan keperluan ekonomi. Katanya, cuti umum mampu merancakkan sektor pelancongan, […]

JENDELA fasa kedua dilaksana suku pertama tahun depan

KUCHING: Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Dua akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah internet yang sering terputus di kawasan Simunjan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti tapak-tapak bersesuaian bagi pelaksanaan inisiatif itu di Sarawak termasuk di kawasan Simunjan. “Kumpulan pertama JENDELA fasa kedua dijadual […]

Modal insan berkemahiran pacu ekonomi baharu Sarawak

KUCHING: Pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang sains, teknologi dan kecerdasan buatan (AI) menjadi keutamaan Sarawak bagi memacu transformasi ekonomi negeri. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi amat penting bagi memastikan Sarawak mampu menghadapi perubahan ekonomi global serta cabaran pembangunan masa depan. Menurutnya, Sarawak […]

Sarawak tuan rumah Perhimpunan Agung ICOMOS 17-24 Oktober ini

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung dan Simposium Saintifik Majlis Antarabangsa mengenai Monumen dan Tapak (ICOMOS) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 17 hingga 24 Oktober ini. Penganjuran julung kali di Asia Tenggara itu dijangka menghimpunkan 1,500 peserta komuniti warisan antarabangsa dari 110 negara Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak […]

Perkukuhkan usaha pelihara sejarah

KUCHING: Pindaan ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Perpustakaan Negeri Sarawak 2026 bukan hanya bersifat pentadbiran atau teknikal. Sebaliknya, ia turut membawa makna yang lebih luas dalam memperkukuhkan usaha Sarawak untuk memelihara sejarah, warisan, rekod dan ingatan kolektif rakyat demi generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, dengan sejarahnya masyarakat […]

Usul meminda RUU Perpustakaan Negeri Sarawak 2026 dilulus

KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026. Usul meminda RUU itu dibentangkan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. RUU Pindaan itu, katanya, bertujuan meminda Ordinan Perpustakaan Negeri Sarawak 1999 (Bab 29) (Ordinan Utama) bagi memperkemaskan dan memodenkan […]

Cuti gantian perlu jelas, mudah difahami

KUCHING: Penetapan cuti gantian yang jelas dan seragam penting bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pekerja dan majikan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri. Beliau berkata, pindaan Rang Undang-Undang Cuti Umum (Pindaan) 2026 perlu dilihat bukan sekadar urusan pentadbiran, tetapi turut melibatkan kebajikan pekerja dan kesejahteraan keluarga. Menurutnya, undang-undang yang baik perlu jelas, […]

RUU cuti umum diluluskan

KUCHING: Rakyat Sarawak bakal menikmati kemudahan perancangan cuti yang lebih teratur apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Cuti Umum (Pindaan) 2026, hari ini. Pindaan itu memperuntukkan mekanisme cuti gantian secara automatik sekiranya berlaku pertindihan cuti umum, sekali gus memberikan kepastian kepada orang awam tanpa perlu menunggu pengumuman berasingan. RUU berkenaan diluluskan […]