Category: Umum

Dr Annuar santuni anak yatim KKJTHB Sibu, hulur duit raya

SIBU: Kebajikan anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu terus mendapat perhatian apabila Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.55 Nangka menganjurkan Program Penyampaian Sumbangan Raya semalam. Program tahunan ini merupakan aktiviti tetap yang dilaksanakan oleh Pusat Khidmat N.55 Nangka sejak Dr Annuar dilantik menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan. Beliau […]

Dapatkan maklumat rasmi berhubung situasi negara teluk

KUCHING: Orang ramai dinasihat agar berhati-hati terhadap penyebaran maklumat tidak sahih yang melibatkan situasi di negara-negara Teluk. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini termasuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara. “Rakyat Malaysia yang berada di luar […]

Sumbangan bakul makanan KSK Satok ceriakan penerima

KUCHING: Seramai 80 penerima di 16 ranting Cawangan N.8 Satok menerima sumbangan bakul makanan dan bubur lambuk menerusi Program Sumbangan Bakul Makanan yang berlangsung di Kelab Sukan Komuniti Satok (KSK Satok), hari ini. Penerima terdiri daripada warga emas, golongan kelainan upaya (OKU) dan asnaf menerima sumbangan berupa makanan, kurma, bubur lambuk dan duit Raya. Majlis […]

Tradisi ‘seperah’ Kampung Tanjung Engkabang eratkan ukhwah Ramadan

SIMANGGANG: Tradisi ‘seperah’ yang menjadi kebanggaan penduduk Kampung Tanjung Engkabang terus mekar sejak 26 tahun lalu, menyatukan komuniti setiap kali Ramadan menjelma. Amalan unik itu menyaksikan setiap rumah membawa juadah masing-masing untuk dikongsi bersama dalam majlis berbuka puasa beramai-ramai, sekali gus menghidupkan suasana penuh muafakat dan kebersamaan. Ketua Kaum Kampung Tanjung Engkabang, Mohamad Yusop berkata, […]

PKPS agih bubur pedas sempena Ramadan

KUCHING: Persatuan Ko-ordinasi Pelancongan Satok (PKPS) menganjurkan Program Agihan Bubur Pedas PKPS 2026 di TEKO Cafe, Kpg. Bandarsah di sini, semalam. Program julung kali dilaksanakan PKPS sebagai usaha menghidupkan suasana Ramadan selain mempromosikan Bubur Pedas S’wak sebagai juadah popular rakyat Sarawak ketika Ramadan. Pengerusi PKPS, Shah Iszhan Isnin, berkata program juga mempunyai nilai sentimental dan […]

Golongan asnaf dari 15 kampung DUN Daro terima sumbangan

DARO: Seramai 300 asnaf dari 15 kampung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro menerima sumbangan sempena Majlis Santunan Asnaf Ramadan Al-Mubarak 1447H di Masjid Al-Muhsiniin di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, program berkenaan merupakan usaha berterusan bagi menjaga kebajikan golongan asnaf, khususnya membantu mereka membuat Ramadan. “Bulan Ramadan […]

Kerjasama masyarakat Cina jayakan program perpaduan Sadong Jaya

SADONG JAYA: Masyarakat Cina memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial serta perpaduan bagi kawasan Sadong Jaya. Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Sarawak merangkap ADUN Sadong Jaya, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata ramai masyarakat itu terlibat dalam sektor perniagaan, pertanian, peruncitan dan perkhidmatan yang menjadi nadi ekonomi tempatan. “Usaha mereka bukan […]

Gerai Bazar Ramadan Lawas meningkat

LAWAS: Bazar Ramadan Lawas pada tahun ini tampil dengan 240 gerai jualan di Dataran Bandar Lawas di sini. Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa berkata, jumlah gerai jualan itu bertambah dari tahun lalu menarik ramai pengunjung dari masyarakat berbilang bangsa. “Inilah yang kita inginkan diteruskan untuk Lawas khasnya dan Sarawak […]

Sarawak perkukuh kedudukan hab hidrogen hijau melalui APGH 2026

KUALA LUMPUR: Sarawak terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab hidrogen hijau serantau menerusi penganjuran Asia Pacific Green Hydrogen Conference and Exhibition (APGH) 2026 yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 11 Jun depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, penganjuran APGH 2026 mencerminkan […]