DBKU ambil tindakan tangani kesesakan

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengambil tindakan terhadap kesesakan di Bulatan Yayasan Sarawak/Mardi dan Jalan Diplomatik.

Ini berikutan tular berhubung keadaan sesak di Bulatan Yayasan Sarawak/Mardi dan Jalan Diplomatik terutama pada waktu puncak.

Menurut kenyataan DBKU, tindakan itu dilakukan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) seperti berikut:

  • Penutupan sementara satu lorong di Jalan Diplomatik pada jam 6:00 hingga 7:30 pagi
  • Penutupan laluan sebelah kanan dengan menjadikan dari satu lorong ke dua lorong dari arah Bulatan Yayasan Sarawak/Mardi sehingga ke lampu isyarat Jalan Casuarina.
  • Lencongan Jalan Diplomatik dari arah lampu isyarat Jabatan Arkib/SMK Demak dan masuk ke Jalan Casuarina.
  • Penutupan Bulatan Casuarina ke Jalan Diplomatik dengan pusingan “U” dari arah Kasuma Resort ke Bulatan Stadium.

“Sehubungan itu, DBKU memohon agar pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif yang disediakan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pengguna jalan raya terutama di kawasan terjejas bersabar dalam menghadapi isu kesesakan ini, kata kenyataan itu.