SARIBAS: Projek jalan baharu menghubungkan Kampung Tuie ke Suri sepanjang sembilan kilometer (km) di sini, kini siap sepenuhnya.
Projek dengan kos RM35 juta ini diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 2018.
Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam mengumumkan peruntukan tambahan untuk menghubungkan jalan baharu yang telah siap ini dengan jalan-jalan utama di kawasan berkenaan.
“Dengan siapnya jalan baharu ini, kita dapat memendekkan jarak perjalanan penduduk dari Kampung Medang, Kampung Supa, Kampung Serabang, dan Kampung Tuie ke daerah kecil Debak,” katanya.
Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas menegaskan bahawa kemudahan jalan lebih baik ini dijangka akan merancakkan lagi ekonomi.
