BINTULU: Sejumlah 193 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Sukan BDA Kidurong di sini setakat jam 10.56 pagi ini.
Mereka daripada 53 keluarga dari kawasan terjejas sekitar Bintulu, termasuk Setinggan Sungai Plan melibatkan 107 orang.
Selebihnya dari Setinggan Sungai Sebatang (38), Gem Park (29), Kampung Kemunting (tujuh), Seaview Court (tiga) dan RPR Sebiew (sembilan).
Mangsa di PPS terdiri daripada seramai 42 lelaki dan 42 perempuan dewasa, 14 lelaki dan 12 perempuan warga emas, 35 kanak- kanak lelaki, 36 kanak- kanak perempuan, empat bayi lelaki dan tiga bayi perempuan, tiga lelaki dan dua perempuan orang kelainan upaya (OKU).
Pelbagai agensi terlibat dengan bantuan di PPS terbabit termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), RELA, serta Pejabat Daerah.
