KANOWIT: Seramai 10 pelajar bersama ibu bapa mereka yang sedang dalam perjalanan balik dari asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Pedai ke rumah tidak dapat meneruskan perjalanan kerana jalan Ulu Pedai di sini, terputus hubungan akibat dinaiki air, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pasukan keluaran operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 9.14 pagi.
“Setibanya PKO di lokasi, didapati jalan dinaiki air setinggi 4 kaki sepanjang 300 meter. PKO BBP Kanowit seramai tiga anggota bersama tiga anggota polis mengiringi kesemua mangsa menyeberangi laluan tersebut menggunakan Personal Floating Device (PFD).
“Operasi tamat pada jam 11.10 pagi, kesemua mangsa selamat dan bergerak balik ke rumah masing-masing,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
GAMBAR:BOMBA
